Kossan tingkatkan sarung tangan tahunan sebanyak 32 bilion keping [ 6m ago ]

Macron ikrar bina semula katedral notre dame

Tarikh kemaskini: 16/04/2019
PARIS, 16 April (Bernama) -- Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Isnin berikrar akan membina semula bangunan ikonik Katedral Notre Dame di Paris selepas ia rosak teruk dalam satu kebakaran besar, lapor agensi berita Turki Anadolu.

“Perkara paling buruk berjaya dielak meskipun perjuangan belum selesai dan tempoh beberapa jam berikutnya akan menjadi sukar," kata Macron kepada pemberita selepas memeriksa lokasi kejadian.

Beliau berkata satu kempen kebangsaan akan dilancarkan bagi memulihkan monumen berusia 850 tahun itu.

Sementara itu, seorang paderi katedral tersebut berkata kebanyakan karya seni dan barangan berharga berjaya diselamatkan.

Punca kebakaran belum diketahui. ‏

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu