Boy dies after falling into pool near quarry [ 5h ago ]

Empat maut dalam insiden tembakan di barat Kanada

Tarikh kemaskini: 16/04/2019
VANCOUVER, 16 April (Bernama) -- Empat orang maut dalam insiden tembakan di tiga lokasi yang terletak dalam lingkungan lima kilometer di Penticton di barat Kanada pada Isnin, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis Penticton.

Police, yang menahan seorang suspek lelaki pada kira-kira 11 pagi waktu tempatan, meminta orang ramai di bandar itu kekal di dalam rumah dan tempat kerja mereka serta mengelak kawasan pusat bandar yang disita polis kerana "satu situasi yang serius dan masih berlaku."

Polis telah melancarkan satu operasi bagi memburu suspek insiden tembakan itu.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu