Boy dies after falling into pool near quarry [ 5h ago ]

Korea Utara gesa Seoul jangan jadi "broker" pihak luar

Tarikh kemaskini: 16/04/2019
SEOUL, 16 April (Bernama) -- Agensi media Korea Utara mahu Korea Selatan tidak membenarkan sebarang campur tangan pihak luar dalam isu membabitkan kedua-dua negara, lapor agensi berita Yonhap.

Gesaan terbaru itu juga mahu Korea Selatan menangani isu antara Korea secara bebas tanpa campur tangan Amerika Syarikat.

Minggu lalu pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berkata Seoul harus memainkan peranan lebih aktif dalam isu antara Korea dengan menyuarakan pandangan sendiri.

Sementara itu, seorang pemimpi parti Korea Utara, Rodong Sinmun berkata hubungan antara Korea adalah hal ehwal dalam negara dan harus diselesaikan secara sendiri.

"Bergantung kepada kuasa luar adalah pengakhiran kepada sesebuah dan sebaliknya kerjasama di antara rakyat kedua-dua negara merupakan cara untuk menuju keamanan dan penyatuan," katanya.

Tegasnya, pihak luar tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam hubungan Korea Utara-Korea Selatan.

Media Korea Utara turut menuntut Korea Selatan lebih aktif dalam meningkatkan hubungan antara Korea dan berhenti menjadi "broker" pihak luar.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu