PDPRM denies dropping words 'Allah', 'Muhammad' in logo [ 3m ago ]

Pertempuran dalam kem IDP di Darfur, Sudan, 14 maut

Tarikh kemaskini: 16/04/2019
KHARTOUM, 16 April (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh dalam pertempuran di sebuah kem penduduk yang kehilangan tempat tinggal (IDP) di Darfur, Sudan, lapor agensi berita China Xinhua memetik agensi berita rasmi SUNA pada Isnin.

"Pertempuran berlaku di dalam kem Kalma pada Sabtu yang menyebabkan 14 IDP terbunuh," kata pemangku gabenor negeri Darfur Selatan Hashim Khalid.

"Senjata terdapat di merata tempat dalam kem itu yang menyebabkan ia menjadi lokasi paling tidak selamat susulan kehadiran pemberontak daripada Gerakan (Pembebasan Sudah) Abdul-Wahid Mohamed Nur, sebuah kumpulan pemberontak bersenjata utama di Darfur, dalam kem itu," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak dibenar memasuki kem yang dikendali oleh Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu-Kesatuan Afrika di Darfur.

Kem itu, yang terletak kira-kira 15 kilometer di timur Nyala, ibu negeri Darfur Selatan, adalah kem IDP terbesar di Darfur, sebuah wilayah yang menyaksikan perang saudara sejak 2003.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu