Lynas Corp's US joint venture won't impact Malaysian operations [ 2m ago ]

Majlis Keamanan dan Keselamatan AU ancam gantung keahlian Sudan

Tarikh kemaskini: 16/04/2019
KAHERAH, 16 April (Bernama) -- Majlis Keamanan dan Keselamatan Kesatuan Afrika (AU) mengancam menggantung keahlian Sudan, ekoran insiden rampasan kuasa pada minggu lalu, menyeru tentera menyerahkan kuasa kepada pihak berkuasa politik yang dikuasai badan awam, lapor agensi berita Sputnik.

Majlis itu menuntut tentera Sudan "mengetepikan dan menyerahkan kuasa kepada badan awam sesuai kehendak rakyat dan perintah perlembagaan, dalam tempoh maksimum 15 hari dari tarikh penerimaan pernyataan sedia ada (Isnin)."

Kegagalan berbuat demikian, menurut Artikel 7 perlembagaan majlis membolehkan keahlian Sudan digantung dan tidak dibenarkan menyertai semua kegiatan AU secara automatik.

Disember lalu, protes mengenai kenaikan harga roti tercetus di Sudan selain rakyat menuntut Presiden Omar Bashir meletak jawatan dan menamatkan pemerintahan selama 30 tahun.

Pada 11 April, Menteri Pertahanan Sudan, Awad Mohamed Ahmed Ibn Auf mengumumkan Bashir telah ditahan dan majlis tentera mengambil alih pemerintahan negara untuk tempoh dua tahun akan datang.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu