TM mulls experienced coach to strengthen SEA Games squad [ 3m ago ]

Angkasawan wanita AS Christina Cook bakal catat rekod baharu tinggal paling lama di ISS

Tarikh kemaskini: 16/04/2019
MOSCOW, 16 April (Bernama) -- Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Christina Cook akan berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) kira-kira setahun, sekaligus bakal mencatat rekod terbaru wanita tinggal paling lama di ruang angkasa, lapor agensi berita Sputnik.

"Christina Cook akan kembali ke bumi bersama dengan angkasawan Rusia, Alexander Skvortsov dan angkasawan Itali Luca Parmitano dan berada di ruang angkasa (selama) 392 hari atau 11 bulan," memetik sumber agensi angkasa.

Rekod baharu bakal dicipta Cook itu mengetepikan rekod lama dicatatkan angkasawan AS, Peggy Whitson, yang menghabiskan masa 289 hari pada 2016-2017.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu