Utusan share trade to be suspended with effect from Aug 30 [ 1m ago ]

Enam militan maut di utara Afghanistan

Tarikh kemaskini: 16/04/2019
KABUL, 16 April (Bernama) -- Sekurang-kurangnya enam militan terbunuh dan sembilan lagi ditahan selepas pasukan komando tentera Afghanistan menyerang lokasi persembunyian mereka di wilayah utara Kunduz pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua, memetik Kementerian Pertahanan pada Selasa.

"Pasukan Operasi Khas Tentera Darat Afghanistan melakukan serbuan di kawasan persembunyian militan di desa Kakar di pinggir ibu kota wilayah Kunduz, enam militan maut," menurut kenyataan kementerian itu.

Sebuah kenderaan, lapan roket serta lapan periuk api turut dimusnahkan dan tiada anggota pasukan keselamatan dilaporkan mengalami kecederaan.

Taliban melancarkan serangan di 25 daripada 34 wilayah bermula Jumaat lalu.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu