Infrastruktur asas luar bandar efisien, terbaik menjelang 2025 - Rina [ 5m ago ]

Kementerian Luar China meletakkan Tianjin di peta dunia

Tarikh kemaskini: 17/04/2019
TIANJIN, China, 17 April (Bernama) -- Bandar raya tepi pantai di utara China Tianjin telah diletakkan di peta dunia pada Selasa setelah Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri China (MFA) dan kerajaan perbandaran itu mengadakan satu acara penggalakan. Bertajuk “China dalam Era Baharu: Tianjin Yang Dinamik Berada di Peringkat Global”, acara itu telah menarik kira-kira 500 orang tetamu termasuk pegawai-pegawai kerajaan dan diplomat asing di China.

Tianjin adalah merupakan majlis perbandaran pertama yang dipromosikan oleh MFA, yang melancarkan sebuah kempen penggalakan bertaraf global bagi kawasan wilayah dan bandar raya di China. Dirancang untuk mempromosikan pencapaian bagi pembangunan Tianjin dalam tempoh 70 tahun sejak penubuhan Republik Rakyat China, acara itu termasuk satu pengenalan kepada pembangunan ekonomi dan sosial Tianjin, pameran, pertukaran di antara tetamu China dan asing, memaparkan persembahan kebudayaan yang ditonjolkan dan menikmati sajian makanan tempatan.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu