Introduce integrity subject in public sector training - Lee Lam Thye [ 1m ago ]

Pele 'dahagakan' matlamat hidup baharu selepas keluar hospital

Tarikh kemaskini: 17/04/2019
RIO DE JANEIRO, 17 April (Bernama) -- Legenda bola sepak Brazil, Pele pada Selasa berkata beliau kini bersedia untuk memburu "matlamat baharu" selepas 13 hari terlantar di hospital akibat jangkitan saluran kencing dan masalah buah pinggang, lapor agensi berita China Xinhua memetik tweet Pele.

"Sahabatku yang dikasihi sekalian. Saya gembira dapat menulis semula untuk memaklumkan anda bahawa saya baik-baik sahaja," kata Pele menerusi akaun Twitter.

Pele dimasukkan ke sebuah hospital di Perancis pada 2 April selepas mengalami demam semasa satu majlis bersama Kelab Paris Saint-Germain dan penyerang Perancis Kylian Mbappe.

Pemain berusia 78 tahun itu kembali ke Brazil pada Isnin lepas namun segera dibawa ke Hospital Albert Einstein di Sao Paulo, di mana beliau menjalani pembedahan bagi membuang batu karang. Beliau telah dibenarkan keluar pada Isnin.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perubatan Hospital Albert Einstein, dan anda khususnya atas doa dan tenaga positif yang diberikan. Saya sudah kembali dan dahagakan matlamat baharu dalam kehidupan," katanya.

Pele, satu-satunya pemain bola sepak yang memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali, telah berdepan pelbagai isu kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk masalah prostat dan komplikasi susulan pembedahan penggantian pinggul.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu