Sungai Lukut Kechil water turns black not due to pollution - Exco [ 1m ago ]

Rakyat Indonesia keluar mengundi untuk pilih presiden, anggota parlimen

Tarikh kemaskini: 17/04/2019
JAKARTA, 17 April (Bernama) -- Rakyat Indonesia mula mengundi pada Rabu apabila pusat pengundian mula dibuka di seluruh negara itu bagi memilih presiden dan anggota parlimen baharu, lapor agensi berita China Xinhua.

Pengundi di timur wilayah Papua berbaris untuk mengundi seawal pukul 7 pagi waktu tempatan, dua jam lebih awal berbanding Jakarta.

Pertandingan bagi jawatan presiden menyaksikan penyandang Joko Widodo menentang pencabarnya yang popular, Prabowo Subianto.

Presiden Widodo memilih ulama Islam Ma'aruf Amin sebagai gandingan manakala pesaingnya yang merupakan seorang bekas jeneral Prabowo Subianto berpasangan dengan bekas ahli perniagaan merangkap timbalan gabenor Jakarta, Sandiaga Salahuddin Uno, menurut komisi pemilihan umum.

Widodo menekankan kepentingan kestabilan ekonomi dan perniagaan yang lebih mesra alam sekitar manakala Probowo memilih pendekatan lebih bersifat melindungi dengan memperjuangkan kemakmuran rakyat.

Sementara itu, lebih 245,000 calon yang disokong 16 parti politik nasional dan empat parti tempatan berentap bagi merebut lebih 20,000 kerusi dalam pilihan raya parlimen semasa pengundian sehari terbesar di dunia itu berlangsung.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu