Keadaan kembali seperti biasa di KLIA selepas gangguan sistem selama tiga hari [ 9m ago ]

Netanyahu peroleh majoriti bentuk kerajaan, kata Presiden Israel

Tarikh kemaskini: 17/04/2019
BAITULMAQDIS, 17 April (Bernama) -- Presiden Israel pada Selasa berkata majoriti anggota parlimen mahu beliau menugaskan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk membentuk kerajaan susulan pilihan raya baru-baru ini, lapor agensi berita Xinhua.

Presiden Reuven Rivlin dalam satu siaran televisyen berkata seramai 65 anggota parlimen yang baharu dipilih mengesyorkan beliau memberikan kuasa kepada Netanyahu bagi membentuk kerajaan.

Netanyahu mempunyai sokongan majoriti anggota dan akan mengumumkan secara rasmi pelantikan semula Netanyahu pada Rabu, kata Rivlin.

Keputusan akhir pilihan raya Israel diumumkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat pada Selasa.

Jurucakap jawatankuasa itu berkata pengiraan lanjut mendapati Parti Likud pimpinan Netanyahu kehilangan satu kerusi, dirampas parti ultra-Orthodoks United Torah Judaism.

Ia bermakna ultra-Orthodoks mempunyai lapan kerusi dan Likud mempunyai 35 kerusi, jumlah sama yang diperolehi pihak pembangkang pakatan Biru dan Putih.

Walaupun kedudukan seri, Netanyahu berjaya membentuk kerajaan kerana mendapat sokongan ultra-Ortodoks.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu