Military personnel mother hopes her son and colleague are safe and sound [ 4h ago ]

Tumpuan Kepada Media Dunia Terkenal: Pembangunan Yang Tidak Dapat Dibayangkan Di Hainan

Tarikh kemaskini: 17/04/2019
HAIKOU, China, 17 April (Bernama) -- Dari 9 hingga 11 April, lawatan media asing "Hainan Yang Mengagumkan 2019" telah diadakan oleh Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Wilayah Hainan CPC di wilayah Hainan. Ia telah dihadiri oleh wartawan dari lapan media utama di dunia, termasuk European Pressphoto Agency, Agencia Lusa and Tokyo Shimbun. Mereka telah melawat Haikou, Chengmai, Qionghai, Lingshui, Sanya dan Baoting, dan mengiktiraf bahawa "Hainan menawarkan sumber pelancongan yang melimpah-ruah, dan industri Internet yang pesat berkembang. Pencapaian bagi FTZ adalah di luar imaginasi."

Bangunan Inovasi Luar Pesisir Antarabangsa Bandar raya Fuxing di Haikou telah menarik banyak perusahaan terkenal seperti Alibaba, Ant Financial Services Group dan PwC, serta banyak "pengeluar" asing. Taman Perisian Ekologi Hainan berada di Chengmai, yang menempatkan lebih dari 3,600 syarikat Internet, termasuk beberapa projek bernilai RMB 10 bilion, seperti Tencent Internet Village, Projek China Game Cyberport dan Projek Pangkalan Perindustrian China Mind Sports. Teknologi serba canggih dan prospek itu begitu mengagumkan kumpulan itu.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu