Man seriously injured in Sik firecracker mishap [ 13m ago ]

ISID Memperolehi Syarikat IT Indonesia dengan Tujuan untuk Memperluaskan Perniagaan dengan Mensasarkan Institusi Kewangan Tempatan

Tarikh kemaskini: 17/04/2019
TOKYO, 17 April (Bernama) -- Information Services International-Dentsu, Ltd. (TOKYO: 4812) (“ISID” Ibu Pejabat: Minato-ku, Tokyo; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif: Ryoichi Nawa) hari ini mengumumkan bahawa melalui anak syarikatnya PT. ISID INDONESIA (Ibu Pejabat: Jakarta, Indonesia; Presiden Pengarah: Takuya Ono; kemudian dari ini, “ISID INDONESIA”), ia telah memperoleh 75% kepentingan ekuiti di dalam PT. Ebiz Cipta Solusi (Ibu Pejabat: Jakarta, Indonesia; Presiden Pengarah: Dedy Effendi Lingga; kemudian dari ini “Ebiz”), yang terlibat di dalam perniagaan IT di Indonesia. Dengan pengambilalihan ini, Ebiz kini menjadi sebuah anak syarikat milik ISID.

Ebiz adalah sebuah syarikat IT yang terlibat di dalam penjualan penyelesaian perisian yang dibangunkan sendiri dan oleh pihak ketiga serta penyediaan perkhidmatan sokongan teknikal. Penyelesaian pelaporan yang dibangunkan secara proprietari oleh Ebiz “Siri Maleo” untuk pihak berkuasa kewangan mempunyai bahagian pasaran yang mantap dan digunakan oleh lebih daripada 20 buah syarikat pemajakan dan kewangan utama Indonesia, termasuk yang disenaraikan sebagai 10 teratas. Baru-baru ini di Indonesia, pengawasan yang dipertingkatkan oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Indonesia telah meningkatkan keperluan untuk melaporkan penyelesaian bagi semua perbadanan yang berkaitan kewangan Indonesia (syarikat pajakan dan kewangan, bank, syarikat sekuriti, penyedia insurans), dengan itu pertumbuhan yang signifikan adalah dijangkakan di dalam perniagaan bagi Ebiz di masa hadapan.



Untuk teks penuh, sila klik di sini

       Berita Utama Terdahulu