Isu rampasan kapal kargo halang rundingan semula dengan AS - Duta Korea Utara [ 2m ago ]

Saudi Aramco tawar beli 25 peratus kepentingan syarikat Reliance Industries LTD India

Tarikh kemaskini: 17/04/2019
MUMBAI, 17 April (Bernama) -- Reliance Industries Ltd dan syarikat minyak Arab Saudi, Saudi Aramco dilaporkan dalam peringkat rundingan mengenai tawaran membeli 25 peratus kepentingan syarikat konglomerat India itu.

Jurucakap Reliance, Tushar Pania berkata kepada Xinhua kakitangan syarikat tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai "spekulasi dan khabar angin di media" kerana ia termaktub dalam dasar syarikat.

Saudi Aramco dikatakan telah banyak membeli saham kilang penapisan minyak dan petrokimia di seluruh Asia.

Pada Selasa, syarikat itu memeterai perjanjian untuk membeli 17 peratus kepentingan syarikat petroleum dan penapisan Korea Selatan, Hyundai Oilbank pada harga US$1.25 bilion.

Perbincangan antara Reliance dan Saudi Aramco susulan pertemuan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman dengan Pengerusi Reliance pada Februari lalu.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu