PDPRM denies dropping words 'Allah', 'Muhammad' in logo [ 3m ago ]

Bashir dipindahkan ke penjara di Khartoum

Tarikh kemaskini: 17/04/2019
KHARTOUM, 17 April (Bernama) -- Omar al-Bashir yang diletakkan di bawah tahanan rumah dipindahkan ke penjara Kober, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan pada Rabu.

Penjara yang dikawal ketat itu terletak di Bahri di ibu kota Khartoum, turut menempatkan beberapa pegawai lain yang pernah berkhidmat semasa era pemerintahan Bashir.

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan mengenai perkara itu oleh Majlis Peralihan Pemerintahan Tentera Sudan.

Bashir, yang memerintah Sudan sejak 1989, digulingkan tentera minggu lalu selepas bantahan besar-besaran diadakan di seluruh negara menuntut pemerintahannya selama 30 tahun ditamatkan.

Beliau dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas tuduhan melakukan jenayah perang dan kemanusiaan semasa konflik di wilayah barat Darfur.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu