2019 SEA Games: Malaysia not represented in jiu jitsu, soft tennis and polo [ 1m ago ]

28 pelancong maut dalam nahas bas di Pulau Madeira, Portugal

Tarikh kemaskini: 18/04/2019
LISBON, 18 April (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 28 pelancong disahkan maut pada Rabu dalam nahas membabitkan sebuah bas di Pulau Madeira, Portugal manakala tiga lagi cedera parah, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan SIC TV.

Mangsa yang maut terdiri daripada 11 lelaki dan 17 wanita yang merupakan rakyat Jerman, kata Mayor perbandaran itu, Filipe Sousa.

Pemandu bas dan pemandu pelancong, yang merupakan rakyat Portugal, turut mengalami kecederaan.

Bas itu, yang membawa 55 pelancong rakyat Jerman, telah terbalik sebelum terhumban ke atas bumbung sebuah rumah di pinggir jalan.

Bercakap di luar Istana Belem di Lisbon, Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa memberitahu pemberitah bahawa beliau berhasrat untuk segera berlepas ke Funchal, ibu kota Madeira, dengan menaiki sebuah pesawat milik Tentera Udara Portugal, "namun keutamaan lain telah muncul" menyebabkan beliau terpaksa menunda perjalanan itu.

"Saya amat sensitif dengan keutamaan ini, yang memerlukan khidmat pesawat iaitu yang digunakan Tentera Udara Portugal untuk mengangkut mangsa yang cedera," katanya.

"Jadi saya akan pergi, tetapi bukan sekarang memandangkan terdapat perkara yang perlu diberi keutamaan seperti ini," tambah Rebelo de Sousa.

Bagi pihak kerajaan Portugal, Perdana Menteri Antonio Costa mengucapkan "setinggi-tinggi takziah" kepada keluarga mangsa nahas bas pelancong di Madeira itu selain meluahkan kekesalan beliau serta ucapan takziah kepada Canselor Jerman Angela Merkel.

"Semasa mengetahui nahas tragik itu di Madeira, saya berasa amat kesal. Kepada semua keluarga yang terlibat, saya ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi takziah bagi pihak kerajaan Portugal," tulis Costa dalam akaun Twitter.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu