Military personnel mother hopes her son and colleague are safe and sound [ 3h ago ]

Tun Mahathir naiki kereta dengan gabungan 5G untuk ke pelancaran pameran

Tarikh kemaskini: 18/04/2019

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menaiki kereta pemanduan sendiri dengan gabungan 5G dari Istana Kehakiman ke Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini untuk ke majlis pelancaran Pameran 5G.

Beliau menaiki kenderaan Proton Exora yang dengan gabungan 5G itu bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Gob­ind Singh Deo selama lima minit.

Kereta 5G pemanduan sendiri itu dibangunkan oleh Ericsson dan Celcom melalui perkongsian dengan eMooVit, sebuah syarikat pemula teknologi tinggi.

Kenderaan pelbagai guna itu dilengkapi dengan sejumlah kamera, radar dan alat pengesan yang membolehkah kenderaan itu mengesan persekitarannya.

Kenderaan itu menggunakan kombinasi alat pengesan, kamera, radar dan kecerdasan buatan (AI) untuk bergerak antara destinasi tanpa pemandu manusia.

-- BERNAMA







BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu