Press Metal kuasai 25 peratus loji penapis aluminium Indonesia [ 2h ago ]

Penghantar surat mengaku tidak bersalah, terima wang pelaburan emas RM117,450

Tarikh kemaskini: 18/04/2019
Negeri Sembilan
SEREMBAN, 18 April (Bernama) -- Seorang penghantar surat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban di sini, hari ini atas pertuduhan me­nerima wang berjumlah RM117,450 daripada seorang lelaki tanpa lesen berhubung pelaburan emas pada November 2016 hingga Disember 2016.??????

V. Parthiban, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim G. Ramesh.

Berdasarkan pertuduhan, Parthiban bersama-sama empat orang yang masih bebas bertempat di CIMB Bank Seremban 2, telah menerima deposit daripada seorang lelaki sebanyak RM117,450 sebagai suatu pelaburan emas sedangkan suspek mengetahui dia tidak mempunyai lesen di bawah Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 19 November 2016 hingga 4 Disember 2016.

Suspek didakwa di bawah Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) akta sama yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-duanya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Akmal Mohamad Azrie dan Ramesh kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM50,000 dan sebutan semula kes pada 17 Mei ini.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu