Military personnel mother hopes her son and colleague are safe and sound [ 3h ago ]

14 penumpang bas maut ditembak di Pakistan

Tarikh kemaskini: 18/04/2019
KARACHI, 18 April (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 14 penumpang bas maut selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang dalam kejadian di barat daya wilayah Balochistan Pakistan pada Khamis pagi, lapor agensi berita Adadolu, memetik media rasmi dan tempatan.

Kejadian ngeri itu berlaku di lebuh raya yang menghubungkan ibu kota komersial Karachi dengan pelabuhan Gwadar, apabila penyerang tidak dikenali lengkap berpakaian seragam melepaskan tembakan selepas memeriksa identiti penumpang, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Gwadar, Muhammad Waseem.

Pasukan keselamatan sedang menjalankan siasatan ke atas kejadian itu termasuk motif serangan.

Perdana Menteri Imran Khan mengutuk serangan itu dan mengarahkan pihak berkuasa membawa dalang kejadian ke muka pengadilan.

Pada 2015, lelaki bersenjata menculik dan kemudian membunuh 19 penumpang bas di wilayah Karachi di rantau Khad Kocha, Balochistan.

-- BERNAMA







BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu