Lima lelaki jalankan kegiatan perjudian ditahan [ 5m ago ]

Widad dapat kontrak bina hospital bernilai RM190.5 juta

Tarikh kemaskini: 18/04/2019
KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Widad Group Bhd, anak syarikat milik penuh Widad Builders Sdn Bhd (WBSB), mendapat kontrak bernilai RM190.5 juta daripada Wardah Properties Sdn Bhd.

Dalam makluman dengan Bursa Malaysia hari ini, Widad Group berkata WBSB akan menjadi kontraktor utama bagi cadangan pembinaan sebuah hospital swasta yang memuatkan 200 katil di Kinrara, Selangor.

Tempoh pembinaan dijangka mengambil masa selama 36 bulan, bermula 3 Nov, 2019.

“Ia dijangka menjadi penyumbang positif kepada perolehan dan aset Widad dan kumpulannya sepanjang tempoh projek berkenaan,” katanya sambil menambah dana projek itu diperoleh menerusi dana tempatan dan pinjaman luar.

-- BERNAMA










       Berita Utama Terdahulu