Technology company outlook to remain neutral in Q3 : MIDF [ 7s ago ]

Naib Perdana Menteri China hadiri rundingan ekonomi di Washington

Tarikh kemaskini: 10/05/2019
WASHINGTON, 10 Mei (Bernama) -- Naib Perdana Menteri China Liu He tiba di Washington pada Khamis untuk mengadakan rundingan ekonomi dan perdagangan peringkat tinggi dengan Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Xinhua.

Ketika ditemui pemberita Liu berkata diharapkan rundingan itu akan membuahkan hasil dan jalinan kerjasama dapat diadakan.

Liu merangkap ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan ketua bahagian dialog komprehensif ekonomi China-AS.

China percaya bahawa menaikkan tarif bukan penyelesaian terbaik kepada masalah kerana ia boleh menjejaskan bukan hanya China dan AS tetapi seluruh dunia.

-- BERNAMA






BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu