Maybank salur RM352,000 bantuan zakat pelajaran kepada pelajar Malaysia di Indonesia [ 43m ago ]

Facebook didenda US$280,000 oleh pihak berkuasa Turki

Tarikh kemaskini: 11/05/2019
ANKARA, 11 Mei (Bernama) -- Pihak Berkuasa Perlindungan Data Peribadi Turki (KVKK) pada Jumaat berkata, Facebook telah didenda 1.65 juta liras (US$280,000) pada April atas kesalahan pelanggaran data, lapor agensi berita Xinhua.

Kira-kira 300,000 pengguna di negara itu mungkin terjejas oleh pelanggaran data ini, kata KVKK.

Facebook dikatakan gagal mengambil langkah sewajarnya semasa kewujudan pepijat di platform media sosial itu selama 12 hari September lalu.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu