Lubnan, Arab Saudi jalin kerjasama kekalkan keamanan di negara-negara Arab [ 3m ago ]

Ancaman bom, tiga pusat beli-belah di Brussels ditutup

Tarikh kemaskini: 11/05/2019
BRUSSELS, 11 Mei (Bernama) -- Tiga pusat komersil utama di Brussels ditutup pada Jumaat petang selepas menerima ancaman bom, menurut jurucakap polis Brussels-Midi yang mengesahkan laporan beberapa media.

Ancaman bom itu berlaku di Woluwe, Westland dan Docks, tiga pusat beli-belah paling popular di ibu kota Belgian, Brussel.

Polis kemudian mengarahkan bangunan terbabit dikosongkan dan menutup kawasan berkenaan kepada orang ramai, lapor agensi berita Xinhua.

Pemeriksaan masih dijalankan oleh anggota polis persekutuan.

-- BERNAMA







BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu