Technology company outlook to remain neutral in Q3 : MIDF [ 9m ago ]

Nepal: Warga Itali maut ketika mendaki

Tarikh kemaskini: 11/05/2019
KATHMANDU, 11 Mei (Bernama) -- Seorang pendaki warga Itali maut akibat penyakit altitud semasa mendaki di rantau Annapurna di tengah Nepal.

Pendaki berusia 68 tahun itu meninggal dunia di daerah perbandaran Dudhkunda-4 di daerah Mustang pada Khamis, kata pegawai polis tempatan, Nishani Bishwakarma.

"Sepasukan anggota polis dengan helikopter dikejarkan ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan penduduk tempatan, tetapi pasukan penyelamat mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," kata pegawai polis itu ketika dihubungi Xinhua pada Jumaat.

Wilayah Annapurna merupakan lokasi popular kepada warga asing di Himalaya untuk menjalankan aktiviti mendaki.

-- BERNAMA







BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu