Perak minat tingkatkan keselamatan sempadan [ 3h ago ]

Venezuela: Naib Presiden Perhimpunan Kebangsaan ditahan

Tarikh kemaskini: 11/05/2019
CARACAS, 11 Mei (Bernama) -- Mahkamah Agung Venezuela pada Jumaat mengeluarkan perintah supaya Naib Presiden Perhimpunan Kebangsaan ditahan kerana terbabit dengan kesalahan keganasan.

Keputusan terhadap Edgar Zambrano itu adalah "berkaitan keganasan" yang berlaku di Caracas, menurut kenyataan dikeluarkan mahkamah, lapor agensi berita Xinhua.

Mahkamah berkata Zambrano ditahan di ibu pejabat polis tentera di Fort Tiuna, Caracas.

Pada 30 April, pemimpin pembangkang Juan Guaido, bersama sekumpulan kecil anggota tentera, menyeru orang awam dan tentera menentang kerajaan dan menggesa presiden Nicolas Maduro meletak jawatan.

Zambrano, bersama anggota Pehimpunan Kebangsaan yang lain, sedang disiasat pihak pendakwa dan pihak berkuasa kehakiman kerana bersubahat dalam percubaan rampasan kuasa.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu