Lelaki simbah cat di masjid dan surau ditahan [ 1h ago ]

Tentera Udara India pintas pesawat kargo ceroboh ruang udara

Tarikh kemaskini: 11/05/2019
NEW DELHI, 11 Mei (Bernama) -- Dua jet pejuang Tentera Udara India (IAF) pada Jumaat memintas sebuah pesawat kargo Georgia yang didapati menceroboh ruang udara negara itu .

Pesawat dalam perjalanan dari Tbilisi (ibu kota Georgia) ke New Delhi itu, dipaksa mendarat di lapangan terbang Jaipur di barat negeri Rajasthan,lapor agensi berita Xinhua.

"Sebuah pesawat AN-12 dari Georgia didapati memasuki ruang udara India di utara Gujarat pada 3.15 petang. Pesawat itu berjaya dipintas pesawat IAF," tulis IAF dalam Twitternya.

Anak kapal pesawat kargo itu kemudian ditahan untuk disoal siasat. Bagaimanapun, mereka dibebaskan beberapa jam kemudian.

Menurut laporan media, pesawat itu tidak mengikuti laluan Kawalan Lalu Lintas Udara yang dibenarkan.

"Tiada sebarang perkara mencurigakan ditemui semasa siasatan dijalankan.Pesawat itu dibenarkan terbang semula," kata Pesuruhjaya Polis Tambahan Jaipur, Laxman Gaur.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu