Gangguan bekalan air di Shah Alam dan Klang pulih 24 jam [ 10m ago ]

Empat maut dalam serangan keganasan di Mexico

Tarikh kemaskini: 11/05/2019
BANDARAYA MEXICO, 11 Mei (Bernama) -- Empat terbunuh manakala empat lagi cedera apabila sebuah bas membawa pekerja penjara wanita diserang, di Morelos tengah Mexico pada Jumaat, demikian menurut kerajaan tempatan.

Insiden berlaku Jumaat pagi di bandar Puente de Ixtla di barat daya Morelos, kira-kira 30 kilometer dari bangunan penjara persekutuan, lapor agensi berita Xinhua.

Kerajaan Morelos yang mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan berkata, mangsa yang cedera dirawat di sebuah hospital tempatan.

Ekoran itu, kerajaan negeri menggesa kerajaan persekutuan segera campur tangan bagi membantu membanteras organisasi jenayah tempatan.

Menurut media tempatan, serangan dilakukan tiga lelaki bersenjata yang melarikan diri dengan sebuah kereta, selepas melepaskan beberapa das tembakan ke arah bas terbabit.

Ia serangan keganasan kedua berlaku minggu ini di Morelos. Pada Rabu, seorang lelaki menembak dan membunuh dua pemimpin kesatuan tempatan di plaza utama bandar Cuernavaca, ibu kota negara itu.

-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu