Loan sharks advertise false services to avoid authorities [ 12m ago ]

Tentera Afghanistan bebaskan 10 orang awam dari penjara Taliban

Tarikh kemaskini: 11/05/2019
KUNDUZ (Afghanistan), 11 Mei (Bernama) -- Tentera Darat Afghanistan membebaskan 10 orang awam yang ditahan militan Taliban dalam satu operasi dilancarkan di utara wilayah Kunduz, demikian menurut sumber tentera.

"Operasi dilancarkan di kampung Aq Saray, daerah Chahar Dara lewat Jumaat, bangunan yang digunakan Taliban sebagai penjara turut dimusnahkan," kata jurucakap tentera, Ghulam Hazrat Karimi lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata militan yang menjaga pusat tahanan itu melarikan diri sebelum tentera dan pasukan keselamatan tiba.

Pemberontak Taliban sering menahan orang awam kerana menuduh mereka menjadi pengintip kepada tentera kerajaan.

-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu