Lonjakan harga minyak menguntungkan Malaysia, kata penganalisis [ 7m ago ]

Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing selesai jalani ujian penerbangan

Tarikh kemaskini: 13/05/2019
BEIJING, 13 Mei (Bernama) -- Empat pesawat yang menjalani ujian penerbangan pada Isnin selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing, lapor agensi berita Xinhua.

China Southern Airlines, China Eastern Airlines, Air China dan Xiamen Airlines menghantar pesawat utama masing-masing iaitu A380, A350-900, B747-8 dan B787-9, untuk diuji.

"Ujian berkenaan menunjukkan fokus lapangan terbang baharu itu kini berubah dari pembinaan prasarana ke persediaan operasi," kata ketua juruterbang Penerbangan Awam China Wan Xiangdong.

Lapangan terbang itu dijadual mengadakan ujian penerbangan jarak jauh pada Ogos dan akan beroperasi sebelum 30 September.

Terletak 46 km di selatan pusat bandar Beijing, di persimpangan daerah Daxing Beijing dan Langfang, sebuah bandar di wilayah Hebei, lapangan terbang baharu itu dibina bagi membantu mengurangkan kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing.

Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing dijangka mengendalikan 45 juta penumpang setiap tahun menjelang 2021 dan 72 juta pada 2025.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu