Kerajaan peruntuk RM20 juta ukur tanah adat Sabah [ 13m ago ]

Korea Selatan kaji semula sistem amaran perjalanan untuk Afrika, Timur Tengah

Tarikh kemaskini: 13/05/2019
SEOUL, 13 Mei (Bernama) -- Korea Selatan akan mengkaji semula sistem amaran perjalanan di wilayah konflik di Afrika dan Timur Tengah, selepas seorang rakyatnya diculik di Afrika Barat, lapor agensi berita Yonhap memetik seorang pegawai Kementerian Luar pada Isnin.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu dibebaskan pada minggu lepas selepas diculik hampir sebulan. Mangsa diculik kumpulan militan Daesh di Burkina Faso.

Beliau kemudian diterbangkan ke Paris pada Sabtu dan urusan untuk menghantarnya ke negara asal sedang dilakukan.

"Kami merancang untuk meneliti semula keseluruhan sistem amaran perjalanan, termasuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai perjalanan ke negara yang berbahaya," kata seorang pegawai kementerian kepada pemberita.

Menurut sumber, wanita dalam lingkungan 40-an itu diculik bersama seorang lagi wanita warga Amerika, ketika militan menyerang sebuah bas pada 12 April lalu.

Mangsa dalam perjalanan mengelilingi dunia selama kira-kira 18 bulan dan telah ke Maghribi, Senegal dan Mali sebelum ke Burkina Faso selain merancang ke negara jiran Benin.

Pegawai kementerian itu berkata amaran perjalanan di bahagian timur Burkina Faso akan dinaikkan ke tahap "merah".

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu