Guna pakai pengurusan makhluk perosak bersepadu dalam perladangan perlu dipercepat [ 5m ago ]

Sudan: seorang tentera maut diserang kumpulan tidak dikenali

Tarikh kemaskini: 14/05/2019
KHARTOUM, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai tentera manakala tiga yang lain serta beberapa orang awam cedera diserang kumpulan tidak dikenali dalam demonstrasi yang diadakan di Khartoum, lapor agensi berita Xinhua.

"Ada pihak sengaja mengganggu demontrasi yang dianjurkan," kata Majlis Peralihan Ketenteraan Sudan (TMC) dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kumpulan tidak dikenali itu melepaskan tembakan serta mencetuskan kekacauan selain menyerang orang awam dan anggota pasukan keselamatan, tambah kenyataan itu.

Majlis itu berikrar bekerjasama dengan Perikatan Kebebasan dan Pembaharuan selain menerima pakai syor yang dicadangkan bagi mencegah kejadian sama daripada berulang.

TMC ditugaskan untuk menjalankan urusan negara, dipengerusikan Abdel-Fattah Al Burhan, berikutan penyingkiran bekas Presiden Omar al-Bashir April lalu.

-- BERNAMA






BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu