Maybank salur RM352,000 bantuan zakat pelajaran kepada pelajar Malaysia di Indonesia [ 45m ago ]

Trump akan bertemu Putin di Sidang Kemuncak G20

Tarikh kemaskini: 14/05/2019
WASHINGTON, 14 Mei (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan bertemu rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin pada sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20) Jun nanti.

"Saya akan bertemu Presiden Putin," kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih semasa mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Hungary Viktor Orban.

Sidang kemuncak G20, akan berlangsung di Osaka, Jepun, akhir Jun, ketika kedua negara masih bertelagah mengenai beberapa isu termasuk kawalan senjata dan konflik di Venezuela, Ukraine serta Iran.

Sementara itu, Setiausaha Negara AS Mike Pompeo dijangka bertemu Putin dan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov di bandar Sochi pada Selasa.

Menurut kenyataan Jabatan Negara AS minggu lepas, agenda perbincangan antara lain mengenai "cabaran dua hala dan pelbagai hala".

Pada awal Mei, Trump menghubungi Putin dan berbincang selama lebih sejam. Trump kemudian dalam Twitternya menulis perbincangan itu disifatkan "sangat produktif."

Trump sebelum ini membatalkan pertemuan dengan Putin di Buenos Aires yang sepatutnya diadakan Disember tahun lepas, kerana ketegangan hubungan antara Rusia dan Ukraine.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu