TFC fails to get transfer cert for Brazilian Camilo [ 2m ago ]

Sembilan akademik Confucius Korea Selatan dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO

Tarikh kemaskini: 14/05/2019
SEOUL, 14 Mei (Bernama) -- Sembilan akademik Confucius Korea Selatan dicalonkan untuk disenaraikan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO, lapor agensi berita Yonhap memetik Pentadbiran Warisan Budaya (CHA) Selasa.

Menurut CHA, cadangan itu dikemukakan Majlis Antarabangsa Tugu Peringatan dan Tapak Antarabangsa (ICOMOS), sebuah kumpulan penasihat kepada UNESCO.

Keputusan akhir akan dibuat pada Jun di mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO di Baku, Azerbaijan.

Andai sembilan Seowon itu berjaya tersenarai, Korea Selatan bakal mempunyai 14 tapak Warisan Dunia termasuk Changdeok Palace di pusat Seoul.

Seowon merujuk kepada akademi Confucius swasta yang ditubuhkan semasa Dinasti Joseon (1392-1910) sebagai menghargai cendekiawan confucius yang terkenal.

Akademi yang dicadangkan itu termasuk Sosu Seowon di Yeongju, Oksan Seowon di Gyeongju; Dosan dan Byeongsan Seowon di Andong yang terketak di wilayah utara Gyeongsang ; Namgye Seowon di Hamyang, wilayah selatan Gyeongsang; Dodong Seowon di Daegu; Pilam Seowon di Jangseong, wilayah selatan Jeolla; Museong Seowon di Jeongeup, wilayah utara Jeolla; dan Donam Seowon di Nonsan, wilayah selatan Chungcheong.

Korea Selatan mula memohon pencalonan itu pada 2015 tetapi ditolak setahun kemudian. Permohanan ditolak ICOMOS kerana akademi terbabit gagal menunjukkan ciri-ciri tersendiri berbanding rekaan dari China dan Jepun.

Sejak itu, kerajaan Korea Selatan berusaha memenuhi syarat ICOMOS dan mengemukakan semula permohonan Januari tahun lepas.

-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu