Lubnan, Arab Saudi jalin kerjasama kekalkan keamanan di negara-negara Arab [ 14m ago ]

Caracas selar tindakan AS ceroboh Kedutaan Venezuela

Tarikh kemaskini: 14/05/2019
CARACAS, 14 Mei (Bernama) -- Tindakan Amerika Syarikat (AS) menceroboh kedutaan Venezuela di negara itu melanggar undang-undang antarabangsa, lapor agensi berita Sputnik.

Pejabat Naib Presiden Venezuela berkata pada Isnin, pihak berkuasa AS memecah masuk ke kedutaan itu yang dihuni empat aktivis warga AS. Tidak berapa lama kemudian, pihak berkuasa dilihat meninggalkan bangunan kedutaan itu.

"Pihak berkuasa AS telah melanggar undang-undang antarabangsa dengan menceroboh Kedutaan Besar Venezuela tanpa kebenaran kerajaan dan Presiden Nicolas Maduro," kata pejabat wakil presiden itu pada laman Twitternya hari ini.

Pada April lalu, diplomat Venezuela diarah meninggalkan kedutaan itu. Bagaimanapun, beberapa aktivis AS tinggal di bangunan terbabit untuk mengelakkan daripada ditangkap pihak berkuasa serta penyokong pemimpin pembangkang Venezuela Juan Guaido.

-- BERNAMA






BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu