Perak minat tingkatkan keselamatan sempadan [ 3h ago ]

Saintis Korea Selatan bangunkan pemangkin murah, berkesan untuk rawat kumbahan industri

Tarikh kemaskini: 14/05/2019
SEOUL, 14 Mei (Bernama) -- Saintis Korea Utara telah membangunkan sejenis pemangkin murah yang mampu merawat air kumbahan industri sembilan kali lebih berkesan berbanding sistem sedia ada, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan Institut Sains dan Teknologi Korea (KIST) pada Selasa.

Pasukan KIST yang diketuai penyelidik Kim Jong Sik mencipta pemangkin nikel sulfida menggunakan tindak balas elektrokimiayang telah diuji bagi menstabilkan bahan pencemar yang larut dalam air, menurut institut kendalian kerajaan itu.

"Pelbagai bahan pencemar seperti pewarna dan bahan kimia yang mudah bercampur dengan air berasal dari kilang-kilang. Kesemua bahan ini perlu dirawat dengan teliti sebelum boleh dilepaskan ke alam sekitar, namun sistem sedia ada yang menggunakan besi sebagai asas adalah tidak berkesan dan hanya boleh digunakan sekali," menurut KIST.

Para penyelidik telah mengkaji bahan-bahan lain dan mendapati nikel sulfida mempunyai sifat yang amat baik dalam menangani air tercemar.

"Nikel itu sendiri mudah didapati temui serta murah, dan memandangkan pemangkin baharu ini boleh digunakan beberapa kali, sistem rawatan sebegini adalah jauh lebih ekonomi untuk digunakan," kata institut itu.

Ia berkata berikutan kelebihan itu, pemangkin nikel harus mencari aplikasi komersial relatif dengan cepat.

Sementara itu, perkembangan terkini tersebut telah disiarkan dalam jurnal sains antarabangsa Applied Catalysis B: Environmental.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu