Lubnan, Arab Saudi jalin kerjasama kekalkan keamanan di negara-negara Arab [ 7m ago ]

Korea Utara tuntut AS lepaskan kapal kargo yang disita

Tarikh kemaskini: 14/05/2019
SEOUL, 14 Mei (Bernama) -- Korea Utara pada Selasa menuntut agar Amerika Syarikat (AS) melepaskan sebuah kapal karga yang disitanya selepas mengesyaki ia melanggar sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Seorang jurucakap bagi kementerian luar Korea Utara mengemukakan tuntutan itu dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), dan menyelar tindakan menyita sebagai satu pencabulan terhadap semangat deklarasi bersama pada 12 Jun yang ditandatangani kedua-dua negara selepas sidang kemuncak pertama pemimpinnya tahun lepas.

"AS harus berfikir secara serius mengenai kesan tindakan ala penyamunnya itu dan memulangkan kapal kami tanpa sebarang penangguhan," kata jurucakap itu.

Jabatan Kehakiman AS minggu lepas berkata kapal Wise Honest seberat 17,061 tan itu, antara pengangkut terbesar Korea Utara, telah disita kerana membawa arang batu dan jentera yang merupakan pelanggaran terhadap sekatan AS dan PBB ke atas negara komunis tersebut.

Jabatan itu berkata Korea Utara telah didapati menyembunyikan butiran Wise Honest yang mengeksport bertan-tan arang batu gred tinggi kepada pembeli asing dan mengimport jentera berat ke Korea Utara.

-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu