Salehuddin 'berhati kering' dapat maklumat daripada komunis [ 1h ago ]

Sekurang-kurangnya 177 penuntut didera secara seksual oleh doktor di Universiti Ohio - siasatan

Tarikh kemaskini: 18/05/2019
WASHINGTON, 18 Mei (Bernama) -- Seorang bekas doktor di Universiti Negeri Ohio telah melakukan penderaan seksual terhadap sekurang-kurangnya 177 penuntut dalam tempoh dua dekad, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan fakulti terbabit pada Jumaat.

Siasatan bebas selama 12 bulan mendapati Richard Strauss, yang meninggal dunia pada 2005, telah melakukan perbuatan itu antara 1979 dan 1997 semasa bertugas sebagai doktor di universiti tersebut, kata presiden institusi berkenaan Michael Drake dalam e-mel kepada penuntut, fakulti dan kakitangan.

"Penemuan ini amat mengejutkan serta menyakitkan untuk ditelan," tulis Drake sambil berkata laporan itu turut merumuskan bahawa kakitangan fakulti tersebut ketika itu "tahu mengenai aduan dan kebimbangan berhubung perbuatan Strauss seawal tahun 1979 namun gagal melakukan siasatan atau mengambil tindakan sewajarnya."

Presiden itu berkata perkara tersebut "tidak boleh diterima" kerana universiti berkenaan gagal mencegah perlakuan sedemikian," begitu juga usaha tidak memadai yang diambil bagi menyiasat aduan penuntut dan kakitangan dengan teliti."

Strauss mula berkhidmat di universiti itu sebagai doktor pada 1978 sebelum berkhidmat sebagai doktor bagi pasukan atlet selama sedekad.

-- BERNAMA









       Berita Utama Terdahulu