Publication of 'blue book' should involve local experts, academicians - DBP [ 5m ago ]

PDRM rafak sembah takziah kepada Agong

Tarikh kemaskini: 23/05/2019
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah, hari ini.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan berkata PDRM akan menyalurkan segala bantuan yang perlu bagi memastikan urusan istiadat kemangkatan berjalan lancar dan sempurna.

“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para aulia syuhada serta orang beriman,” katanya.

Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah, 88, merupakan Sultan Pahang kelima dan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Baginda mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pada pukul 8.50 pagi tadi.

-- BERNAMA









BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu