Tanah runtuh Pulau Pinang: Identiti tiga mangsa dikenal pasti [ 5m ago ]

UPPM Sook beri sumbangan baju, duit raya kepada kanak-kanak mualaf

Tarikh kemaskini: 23/05/2019
Sabah
KENINGAU, 23 Mei (Bernama) -- Seramai lapan kanak-kanak saudara baharu Islam (mualaf) di kawasan Sook menerima pakaian dan duit raya menerusi program anjuran Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sook.

Pemimpin UPPM Sook, Edward Binbang berkata sumbangan kepada kanak-kanak kalangan keluarga mualaf dan daif itu merupakan inisiatif pihaknya meringankan sebahagian kecil bebanan keluarga yang kurang bernasib baik.

“Kita mahu anak-anak mualaf dan kurang bernasib baik ini menyambut hari raya dengan gembira.

"Mereka berhak untuk berkongsi kegembiraan, sebab itu kami usahakan yang terdaya untuk membantu mereka,” katanya pada majlis penyampaian bantuan pakaian dan duit raya kepada kanak-kanak itu di sebuah pasar raya di sini, semalam.

Program Berbelanja Bersama Saudara Baharu Islam merupakan yang pertama dianjurkan oleh UPPM Sook sebagai sebahagian tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Edward menggalakkan golongan korporat, pihak swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya menghulurkan bantuan dan sumbangan bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik di kawasan Sook.

-- BERNAMA









BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu