Kelantan RTD will allow local authorities to enforce traffic laws [ 2m ago ]

Harga runcit petrol RON97 naik 8 sen, RON95 dan diesel kekal - MoF

Tarikh kemaskini: 24/05/2019
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan harga runcit petrol RON97, naik 8 sen seliter kepada RM2.76 seliter, manakala harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 dan RM2.18 seliter bagi tempoh 25 Mei sehingga 31 Mei.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, harga runcit petroleum ditetapkan secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) iaitu harga runcit petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama masing-masing adalah RM2.46 seliter dan RM2.52 seliter.

“Namun kementerian mengekalkan kedua-dua harga runcit RON95 dan diesel selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit petroleum selain mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Ini menjadi anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM126.52 juta,” kata kenyataan itu.

-- BERNAMA






BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu