DBKK sediakan sistem pangkalan data pantau pertumbuhan kawasan setinggan [ 3m ago ]

Eksport Korea Selatan menyusut 9.4 peratus pada Mei

Tarikh kemaskini: 01/06/2019
SEOUL, 1 Jun (Bernama) -- Eksport Korea Selatan menyusut 9.4 peratus pada Mei berbanding tempoh sama tahun lalu, penurunan untuk bulan keenam berturut-turut.

Agensi berita Yonhap melaporkan, nilai eksport pada bulan itu sebanyak US$45.9 bilion menurun dari US$50.68 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, menurut data Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga.

Selain itu, nilai import turut menyaksikan penurunan sebanyak 1.9 peratus kepada US$43.64 bilion.

Lebihan perdagangan negara pula mencecah US$2.27 bilion, 88 bulan berturut-turut di mana nilai eksport melebihi import.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu