Zakir Naik summoned again by Bukit Aman [ 4m ago ]

Korea Selatan, AS, Jepun bertemu di Singapura bincang isu nuklear Korea Utara

Tarikh kemaskini: 01/06/2019
SINGAPURA, 1 Jun (Bernama) -- Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun mengadakan perbincangan tiga pihak di Singapura pada Jumaat untuk mencari penyelesaian berhubung isu nuklear Korea Utara.

Agensi berita Yonhap melaporkan utusan khas itu - Lee Do-hoon dari Korea Selatan, Stephen Biegun (AS); dan Kenji Kanasugi (Jepun) -mengadakan pertemuan tertutup di sebuah hotel, menurut pegawai.

Ketiga-tiga utusan itu kali terakhir bertemu di Washington pada 7 Mac.

Wakil khas terbabit berada di Singapura bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Asia ke-18, juga dikenali Dialog Shangri-La, menghimpunkan menteri pertahanan dan pegawai peringkat tinggi dari beberapa negara utama.

Bagaimanapun, wakil-wakil berkenaan enggan menjawab pertanyaan yang diajukan wartawan.

Rundingan mengenai isu nuklear antara Washington dan Pyongyang menemui jalan buntu, selepas kegagalan sidang kemuncak kedua antara Presiden Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Hanoi Februari lalu.

-- BERNAMA












       Berita Utama Terdahulu