Invest Selangor cadang panduan bagi pengurusan taman perindustrian [ 2m ago ]

Ani Yudhoyono, isteri bekas presiden Indonesia meninggal dunia

Tarikh kemaskini: 01/06/2019
JAKARTA, 1 Jun (Bernama) -- Ani Yudhoyono, isteri Presiden Indonesia ke-6, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) meninggal dunia di National University Hospital Singapura hari ini akibat kanser darah.

Ani, 66, dilapor menghembus nafas terakhir jam 11.50 pagi waktu Singapura, menurut media Indonesia, yang memetik kenyataan pegawai khas SBY yang berada di hospital itu.

Beliau menjalani rawatan penyakit kanser darah di hospital itu sejak Februari lepas.

Dilahirkan pada 6 Jun 1952, Ani menjadi wanita pertama Indonesia semasa pemerintahan Presiden SBY bagi tempoh 2004 hingga 2014.

Jenazah dijadual dibawa pulang ke Jakarta jam 7 pagi esok dan disembahyangkan di Rumah Duka di Cikeas, sebelum disemadikan di Taman Makam Pahlawan Nasional Utama Kalibata.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu