EcoWorld shares up on new JV with PowerChina [ 37m ago ]

Singapura rakam takziah atas pemergian Ani Yudhoyono

Tarikh kemaskini: 01/06/2019
SINGAPURA, 1 Jun (Bernama) -- Singapura hari ini merakamkan takziah kepada bekas Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono, berikutan kembalinya ke Rahmatullah isteri beliau hari ini.

Bekas wanita pertama Indonesia, Ani Yudhoyono, meninggal dunia hari ini di National University Hospital, di Singapura.

"Kerajaan Singapura merakamkan takziah kepada Bapak Yudhoyono dan keluarga, serta kepada semua rakyat Indonesia, pada saat yang mendukacitakan ini," menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura di sini.

Ani, 66, dilapor meninggal dunia pada pukul 11.50 pagi tadi akibat kanser darah.

Beliau menjalani rawatan penyakit kanser darah di hospital itu sejak Februari lepas.

Dilahirkan pada 6 Jun, 1952, Ani menjadi wanita pertama Indonesia semasa pemerintahan suaminya bagi tempoh 2004 hingga 2014.

Jenazah dijangka dibawa pulang ke Jakarta pukul 7 pagi esok sebelum disemadikan di Taman Makam Pahlawan Nasional Utama Kalibata.

-- BERNAMA







BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu