25 U-15 players selected for CFA tournament in Haikou City [ 57m ago ]

Klang dan Kuala Langat alami gangguan bekalan air berperingkat hari ini

Tarikh kemaskini: 03/06/2019
SHAH ALAM, 3 Jun (Bernama) -- Sebanyak 84 kawasan di daerah Klang dan sembilan kawasan di daerah Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini ekoran insiden paip pecah di Setia Alam, di sini kira-kira 9 pagi tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad dalam kenyataan hari ini memberitahu insiden berkenaan melibatkan kerosakan di jajaran paip utama berukuran 1800mm dan gangguan bekalan dijangka berlaku secara berperingkat di kawasan terlibat.

“Pihak kami sedang melakukan persiapan bagi menggerakkan bantuan lori-lori tangki ke kawasan terjejas dan mengaktifkan Pusat Khidmat Setempat (PKS) pada 3 petang ini.

“Pihak kami memohon maaf atas kesulitan ekoran insiden yang tidak dijangkakan ini dan akan mengambil segala usaha dan tindakan perlu bagi mempercepatkan kerja pembaikan serta meminimumkan impak gangguan bekalan,” katanya.

Kawasan yang akan terjejas bagi daerah Klang adalah di Ambang Botanik, Jalan Kem, seluruh kawasan perindustrian Bandar Sultan Sulaiman dan Perdana Industrial Park, Armada Putera, Jalan Limbungan, seluruh kawasan perindustrian Bukit Raja Selatan, Bandar Bestari, Jalan Syahbandar, seluruh Perepat, Bandar Botanik, Johan Setia, seluruh Sementa, Bandar Bukit Tinggi 1, Kampung Kastam, seluruh Sungai Putus, Bandar Bukit Tinggi 2, Kampung Pulau Indah, sepanjang Jalan Goh Hock Huat, Bandar Klang (Batu 1 hingga 3 Jalan Meru), Kampung Raja Uda, Sungai Sireh, Bandar Parkland, dan Kampung Telok Gong.

Selain itu, turut akan terjejas adalah Taman Bayu Mas, Bandar Putera 2, Taman Berkeley/Eng Ann, Taman Bayu Perdana, Bandar Puteri, keseluruhan Jalan Raja Nong, Taman Bayu Tinggi, Glenmarie Cove, seluruh Taman Sri Andalas, Taman Berembang, Glenn Cruise, Kampung Keretapi, Taman Bijaya Kampung Jawa, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Kampung Pendamar, Taman Chi Liung, Jalan Dato’ Hamzah, Kota Pendamar, Taman Desawan, Jalan Istana, Laguna Park, Taman Gembira, Jalan Kapar Batu 1 hingga 5, Lorong Tingkat dan Rembau, Taman Klang Jaya, Jalan Klang-Banting, Pandamaran, Taman Palm Groove, Jalan Kota, Pangsapuri Sri Perantau, Taman Pendamar Indah, Jalan Kota Raja, Pelabuhan Utara, Taman Samudera.

Jalan Padang, kawasan Perindustrian Pulau Indah Fasa 1 dan 2, Taman Selatan, Jalan Pelabuhan Utara, Taman Sentosa, Jalan Raja Lumu, Persiaran Raja Muda Musa, Taman Suria Pendamar, Jalan Raya Barat, Jalan Raya Timur, Perumahan Bandar Sultan Sulaiman Fasa 1, 2 dan 3, Telok Gadong Kecil, Telok Gadong Indah, Jalan Stesen dan Solok Besar, Taman Petaling Indah, Jalan Tengku Badar, Taman Radzi Telok Gadong Besar, Jalan Tengku Diauddin, Pulau Ketam, Westport, Jalan Tengku Kelana, seluruh Batu Belah dan Teluk Kapas, Wisma Polis Marin Pulau Indah dan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Bagi daerah Kuala Langat pula, kawasan yang mengalami gangguan bekalan air adalah di Batu 9 Kebun Baru, Eco Sanctuary, Jalan Sijangkang Utama, Kampung Medan, Sijangkang Batu 7 hingga Batu 9, Taman Perwira, Taman Seri Medan, Taman Sijangkang Jaya dan Tropicana Aman.

Tambah beliau, status terkini mengenai gangguan bekalan air tidak berjadual itu akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan pengguna boleh merujuk laman sesawang www.syabas.com.my atau menerusi aplikasi Air Selangor di telefon bimbit serta laman Facebook agensi itu untuk mendapatkan maklumat lanjut.

-- BERNAMA






BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu