Salehuddin 'berhati kering' dapat maklumat daripada komunis [ 1h ago ]

Calon pembangkang kuasai pilihan raya kerajaan tempatan Greek

Tarikh kemaskini: 03/06/2019
SOURCE: https://sputniknews.com/europe/201906031075562755-greece-opposition-new-democracy-elections/
ATHENS, 3 Jun (Bernama) -- Wakil pembangkang, Parti Demokratik Baharu (ND) dilantik menjadi gabenor di semua wilayah di Greek kecuali di Crete, selepas parti itu memenangi pilihan raya kerajaan tempatan pada Ahad, lapor agensi berita Sputnik.

Calon dari perikatan KINAL, Stavros Arnaoutakis dipilih semula menjadi Gabenor Crete. Beliau disokong parti berhaluan kiri, Parti Syriza.

Kebanyakan calon parti ND memenangi pilihan raya di hampir kesemua bandar raya yang mempunyai penduduk melebihi 50,000 orang, memetik kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Syriza hilang sebanyak sembilan mata peratusan kepada parti ND pada pilihan raya Parlimen Eropah minggu lalu.

Berikutan kekalahan itu, Perdana Menteri Alexis Tsipras mengumumkan pilihan raya, akan diadakan pada 7 Julai.

-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu