EcoWorld shares up on new JV with PowerChina [ 29m ago ]

Lebih 8,000 Kad Sihat Johor sudah diedar

Tarikh kemaskini: 12/06/2019
JOHOR BAHRU, 12 Jun (Bernama) -- Lebih 8,000 Kad Sihat Johor sudah diedarkan kepada golongan isi rumah B40 di negeri ini bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan di klinik panel berdaftar di seluruh negeri.

Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) di setiap kawasan di negeri ini diharap dapat mengedarkan kad berkenaan kepada mereka yang layak memohon.

“Setakat ini dalam 8,000 lebih kad sudah diedar dan saya harap semua ADUN boleh menyampaikan kad ini di kawasan masing-masing,” katanya yang ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Permas Datuk Che Zakaria Mohd Salleh, di sini malam tadi.

Baru-baru ini, Dr Sahruddin dilaporkan berkata sebanyak 14,000 Kad Sihat Johor akan diedarkan kepada yang layak tahun ini bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan di 248 klinik panel berdaftar di seluruh negeri.

Menurutnya, penyediaan kad itu bagi membantu masyarakat negeri ini mendapatkan rawatan segera di klinik panel dan setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai had maksimum 250 pemohon yang ditawarkan mengikut kategori Keluarga atau Individu.

Sementara itu, Dr Sahruddin berkata kerajaan negeri Johor sudah meningkatkan tambahan bekalan air ke Melaka sejak bulan lepas berikutan masalah bekalan air di negeri itu.

Beliau berkata tambahan dilakukan atas permintaan kerajaan negeri Melaka.

“Setakat ini memang kita (kerajaan negeri Johor) ada beri dan tambah air ke Melaka tetapi saya kena semak balik (berapa jumlah bekalan air diberikan).

“Sebab bulan lepas kita sudah mula beri kepada mereka (kerajaan negeri Melaka), mereka minta dan kita beri,” katanya.

-- BERNAMA




BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu