MTW2019 Kick off today [ 4h ago ]

Eaton Mentransformasikan Pemutus Litar Dengan Memberikan Kesambungan, Kepintaran Untuk Teknologi IoT Generasi Seterusnya Yang Menyokong Bangunan Serta Proses 'pasti-selamat'

Tarikh kemaskini: 12/06/2019
MALAYSIA, 12 Jun (Bernama) -- Syarikat pengurusan kuasa Eaton telah melancarkan inovasi terbarunya dalam teknologi perlindungan litar dengan mengeluarkan Pemutus litar bekas teracu Power DefenseTM. Pemutus litar bekas teracu Eaton yang baharu dan diiktiraf di peringkat global ini menyediakan kebolehlihatan sistem dan diagnostik ramalan yang mendalam dalam komponen sistem elektrik asas. Pemutus litar Power Defense menjana pemahaman dalam masa nyata, yang didorong oleh data yang dapat meningkatkan kebolehpercayaan sistem dan penjimatan kos serta mengoptimumkan kecekapan operasi untuk pengeluar peralatan asli global (OEM), penggunaan pembinaan komersial dan pusat data.

Menjelang 2040, Asia Pasifik akan menyumbang lebih 40 peratus daripada pelaburan tenaga kumulatif dunia. Rantau Asia Tenggara kini sedang menjalani proses pembandaran, yang mana ia memerlukan penambahan 354 gigawatt kapasiti tambahan untuk penjanaan kuasa dalam tempoh masa yang sama. Dengan sektor bangunan dan pembinaan yang menjadi salah satu pengguna tenaga terbesar di ASEAN, rantau ini sedang membangunkan Kod Bangunan Hijau untuk memacu amalan pembinaan yang mampan. Menjangkakan peningkatan permintaan untuk produk yang mempunyai kecekapan dan tahap kelestarian tenaga yang lebih baik, Eaton kini menawarkan pemutus litar Power Defense sebagai sebahagian daripada barisan penyelesaian pengurusan tenaganya untuk memenuhi keperluan ini.





Untuk teks penuh, sila klik di sini

BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu