Malaysia akan terus tarik pelabur asing walaupun selepas perang perdagangan AS-China [ 3m ago ]

PM Kemboja gesa perangi berita tidak benar, jenayah siber

Tarikh kemaskini: 12/06/2019
SIEM REAP (Kemboja), 12 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen pada Rabu menyeru wakil media serantau untuk bersama-sama memerangi berita tidak benar dan jenayah siber, lapor agensi berita Xinhua.

Bercakap di majlis perasmian Sidang Kemuncak Media Asia ke-16 di sini, Hun Sen berkata berita tidak benar dan jenayah siber "mengancam dan memberikan kesan buruk kepada hak individu serta keselamatan di rantau ini dan di dunia."

"Entiti media perlu bersama-sama meningkatkan kerjasama bagi menyekat penyebaran berita tidak benar dan jenayah siber," katanya kepada kira-kira 600 wakil media dari 42 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Katanya, media perlu mematuhi undang-undang dan etika profesional secara kolektif untuk menghindari penyebaran berita tidak benar, penghinaan, diskriminasi, konflik antara kaum dan agama yang boleh menggugat keselamatan sosial.

Beliau turut menggalakkan pihak media mengukuhkan kerjasama erat untuk menyelesaikan konflik penyebaran maklumat yang boleh mencetuskan kekacauan dan kesannya terhadap penggunaan teknologi digital.

Di samping itu katanya, wakil media harus bekerjasama merangka dasar dan strategi mengenai penyebaran maklumat serta standard keselamatan digital.

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu