EcoWorld shares up on new JV with PowerChina [ 45m ago ]

Bekalan makanan dan air bagi Orang Asli di Kampung Kuala Koh mencukupi

Tarikh kemaskini: 12/06/2019
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy Ponnusamy
PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) -- Bekalan makanan dan air yang disalurkan kepada mesyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Koh, Gua Musang Kelantan yang mengalami krisis kesihatan adalah mencukupi, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy.

“Bekalan adalah mencukupi di tengah-tengah siasatan berterusan untuk menentukan punca sebenar kematian di kalangan masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Koh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kemudahan asas seperti air dan makanan telah disediakan dan akan terus dibekalkan kepada semua keluarga Orang Asli di kawasan terjejas menerusi sumbangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna , Air Kelantan Sdn Bhd dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Media sebelum ini melaporkan bahawa suku Batek dari Kampung Kuala Koh mendakwa telah dilanda penyakit misterius, mengakibatkan sejumlah kematian.

Menurut suku Batek itu, terdapat sejumlah 14 kematian akibat penyakit itu setakat ini, dengan korban dikuburkan secara adat oleh penduduk kampung, tetapi pihak polis memberitahu bahawa hanya dua kematian telah dilaporkan.

Waytha Moorthy berkata beliau akan berada di Kota Bharu dan Gua Musang, Kelantan esok untuk melawat mangsa dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa di kawasan penempatan.

-- BERNAMA









BEYOND PARADIGM SUMMIT 2019 - 17-18 July, MITEC KL | 20-21 July, Pullman, Kuching

       Berita Utama Terdahulu